Monday, May 10, 2010
Ziarah ke Miri
08hb Mei - 09hb Mei 2010.
Program ziarah mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah hubungan kekeluargaan masih utuh walaupun berjauhan. Kasih sayang serta pertalian kekeluargaan tidak akan putus seperti kata pepatah "Air dicincang tidak akan putus".
Sunday, May 2, 2010
Bengkel Pengurusan Pusat Sumber dan NILAM
27hb April 2010 hingga 28 hb April 2010 ( Rabu dan Khamis )telah diadakan satu bengkel khas untuk GPM ( Guru Perpustakaan dan Media ) GPS ( Guru Penyelaras Pusat Sumber ) dan GN ( Guru NILAM ). Antara objektifnya adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada GPM, GPPS dan GN tentang Pengurusan PSS dan NILAM.
Tuesday, April 20, 2010
Program Khidmat Bantu PSS
Air Terjun Buat Menenangkan Fikiran
Thursday, April 15, 2010
Di Persimpangan Kasih
Alangkah panasnya bumi Terengganu ini. Berkali – kali ku mengelap peluh yang membasahi wajah. Kulit ku kemerahan menahan bahang teriknya sang mentari. Tekak menjadi haus, niat di hati nak meneguk air sejuk di salah sebuah restoran berdekatan dengan tempat ku berdiri. Khuatir pula, jika Syahidah tercari – cari. Ku lirik jam di pergelangan tangan. Jam yang telah bersama ku selama 10 tahun. Sudah kerap ku tukar bateri. Untuk menukar kepada jam yang lebih mahal dan terkini. Belum terlintas lagi di hati.
“Inilah satu – satunya hadiah yang mampu ku berikan”
“Ala..tidak kisah bah. Yang penting sedondon”. Seraya tersenyum apabila melirik jam tangannya jua sama.
“Aku harap persahabatan kita akan terus kekal walaupun sudah terpisah…”
“Ala…Sabah bukannya jauh sangat. 2.30 jam naik flight dah sampai. Nanti kalau Akmal dah ada kerja dan banyak duit. Datang la melawat Izza”
“Eem..”. Sayu.
“Hai, apa yang dibualkan tu. Jomlah makan”. Tiba – tiba Syahidah menerpa ke arah kami.
Nursyahidah teman serumah ku. Dial ah satu – satunya teman yang paling rapat dengan ku di kolej. Ku kenalinya ketika sama – sama mendaftar pada hari pendaftaran ke kolej ini. Dia lah yang sering membantu ku. Loghat Terengganu amat sukar untuk ku fahami. Mujur Ida menjadi penterjemah sukarela. Walaupun pada mulanya dia sukar memahami loghat ku. Namun, lama – kelamaan dia pula fasih bertutur loghat Sabah.
Majlis suai kenal atau lebih dikenali sebagai minggu silaturrahim menemukan kami dengan Akmal. Akmal berasal dari Utara tanah air. Sikapnya yang peramah mudah mesra dengan semua. Tidak disangka rupa – rupanya kami mengambil jurusan yang sama. Diploma perniagaan. Persahabatan kami bertambah akrab apabila kerap membuat kerja kursus dan projek bersama.
Pernah suatu ketika, mula semester baru. Ida tidak hadir ke kuliah selama seminggu. Aku dan Akmal risau setengah mati. Pelbagai usaha menghubunginya. Waktu itu, kecanggihan alat komunikasi belum tersebar luas di kawasan Pantai Timur.
“Izaa, tak kan tak tau kat mana rumah Ida”.Tanya Akmal dalam nada risau.
“Ida tak pernah ajak ke rumahnya. Macam mana nak tau”. Bela ku.
“Ish, pelik lah. Tak kan rakan serumah tak tau”. Sinis.
“Hei Akmal. Dah aku cakap tak tau nak buat macam mana lagi”. Marah.
“Sudah lah…”. Akmal berlalu meninggalkan aku sendirian.
Sakit hati apabila Akmal menyalahkan aku kerana tidak tahu tempat tinggal Syahidah. Aku jua risau memikirkan kemana dan mengapa Syahidah berkelaluan begini. Selama ini Syahidah tidak pernah berkelakuan begini. Aku hanya mengetahui sekadar nama daerah tempat tinggalnya. Kampung mana, aku tidak pasti. Bukan tidak pernah ku suarakan untuk bertandang ke rumahnya. Tapi, pelbagai alasan yang diberikan. Aku memahami kiasan itu. Aku cukup dewasa untuk menafsir disebalik kiasan itu. Syahidah memang
seorang kawan, teman dan sahabat yang baik. Cuma, terlalu berahsia mengenai hal keluarga. Aku tidak kisah sangat hal sedemikian. Bagi ku persahabatan yang baik berdasarkan kejujuran dan keikhlasan. Bukannya berkawan untuk mendapat kesenangan daripada keistimewaan yang terdapat dalam diri kawan. Aku akui, memang terdapat segelintir tanggapan berkawan untuk mencari kesenangan.Tetapi, itu bukan prinsip ku. Aku akan menghargai nilai sesebuah persahabatan selagi tidak lari dari landasaran syariat.
Akmal telah berjumpa dengan pensyarah bahagian kaunseling. Pelbagai alasan yang telah diberikan. Akhirnya, dia berjaya mendapatkan alamat tempat tinggal Syahidah. Syukurlah Akmal mempunyai lessen memandu. Dapatlah kami menyewa kereta. Menyewa kereta kancil murah sedikit. Hanya Rm 30 dari jam 8.00 am hingga jam 8.00 pm. Berbekalkan peta akhirnya sampai jua kami ke rumah Syahidah. Memang betul apa yang Syahidah katakan. Lenguhnya kaki menyusur denai menuju ke rumahnya. Tiba – tiba kelihatan kelibat Syahidah bergegas meluru masuk ke dalam rumah. Kami terpinga – pinga. Terpancar wajah kekecewaan di wajah
Akmal. Aku akui hati ku panas melihat kelakuan Syahidah. Ku labuhkan punggung di atas anak tangga rumah Syahidah. Melepaskan lelah seketika.
“Izza, Akmal naik lah. Maaf tadi Ida tak pakai tudung. Tu sebab kalut tadi tu”. Tiba – tiba Syahidah menjengah di pintu.
“Sekejap lagi laa..nak ambil angin”. Akmal bersuara sambil memandang jauh kehadapan.
Aku dan Ida berpandangan seketika.
Oleh kerana kami datang tu agak lewat terpaksalah kami bermalam di rumah Syahidah. Kami betul – betul terharu dengan ketabahan Ida. Ida terpaksa menjaga dua orang adiknya yang masih kecil setelah kehilangan ibu dan bapanya. Ibu dan bapanya telah meninggal dunia akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya dua bulan lepas. Mereka telah dirempuh oleh sebuah kereta yang terbabas. Pemandunya seorang remaja berusia 18 tahun cedera parah apabila keretanya terhumban ke dalam parit berdekatan. Kini Ida terpaksa menjaga dua orang adik yang masih kecil. Intan Azura berumur
5 tahun dan Aiman berumur 3 tahun. Ida tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang perlu ditanggung. Kami hanya mendiamkan diri.
“Ida, bersabarlah…”Pujuk ku.
Akmal sedari tadi diam membisu. Matanya asyik memandang keluar. Mungkin timbul kerisauan di hati. Kerana terpaksa bermalam di rumah Idah. Rumah yang hanya didiami oleh dua anak dara. Sahabatnya Izza, Ida dan adik – adik Ida. Hendak meninggalkan kami dia tidak sampai hati. Lagipun bukannya berdua – duaan.
“Macamana kalau Ida bawa Intan dan Aiman ke kolej”. Tiba – tiba Akmal bersuara.
“Hah !”. Serentak aku dan Ida berpandangan.
“Oops! Sorry. Maksud Akmal tinggal serumah dengan kami la”. Sambil mengaru – garu kepala.
“Memang itu lah yang aku fikirkan. Cuma, risau dengan pandangan Izza yang tak biasa dengan kanak – kanak”. Luah Ida perlahan.
“Janganlah macam tu. Aku tak kisah bah. Yang penting dapat membantu Ida. Itu sudah mencukupi”. Ku raih bahunya.
Kehadiran Intan dan Aiman menambahkan lagi seri rumah sewa kami. Akmal jua tidak pernah putus – putus melawat Intan dan Aiman pada hujung minggu. Berbekalkan wang pinjaman kerajaan negeri, Ida mampu mengalas tanggungjawab sebagai pelajar dan kakak.
Semester akhir akan tamat 2 minggu lagi. Setelah peperiksaan akhir. Aku teramat sedih untuk meninggalkan bumi yang terlalu banyak kenangan pahit manis. Ida mulai mengemas barang – barang Intan dan Aiman. Akmal pula jarang kelihatan wajahnya. Hati ku sering tertanya – tanya bila agaknya aku akan menjejakkan kaki ke bumi Terengganu ini. Ku sandarkan kepala di dinding bilik. Ku renung beg dan kotak yang sarat dengan buku dan pakaian. Tiket penerbangan balik ke Sabah sudah lama tersedia. Melihat tarikh untuk ku berangkat hati terasa sebak. Terasa ada air hangat mengalir di pipi. Ku biarkan sahaja ia meluncur kian deras.
“Kak Izza nangis ker ?”.Intan mengoncang bahu ku.
Sebak di dada kian menghimpit. Ku peluk erat Intan. Aiman memandang dari jauh kehairanan. Tiba – tiba pintu bilik ditolak lembut dari luar. Ida memandang ku, Intan dan Aiman.
“Kenapa Izza ?”
Ku lerai pelukan Intan perlahan. Aku hanya mengelengkan kepala sambil melangkah perlahan kearah Ida. Ku rapati Ida yang masih terpaku di hadapan pintu. Ku peluk Ida. Air mata ku meluncur deras. Esakan kami bersatu. Hampir 10 minit kami berkeadaan begitu. Menumpahkan segala kesedihan di hati. Ku leraikan perlahan – lahan.
“Lucu la. Kita ni. Macam nak perpisah mati je kan”. Tawa ku.
“Aah..”. Jawab Izza serak menahan tangis.
Malam itu kami makan malam di luar bersama Akmal. Malam itu dihiasi dengan gelak tawa mengenangkan detik – detik pertemuan kami dahulu. Tiba – tiba suasana sepi. Masing – masing melayan rasa. Aku terlalu sensitif , mudah sahaja mengalirkan air mata. Aku meminta izin untuk pergi ke tandas. Khuatir tidak mampu menampung kesedihan di hati. Air mata ku tumpah lagi. Apabila ku rasa sebak di dada lega barulah melangkah keluar. Dari jauh ku lihat wajah Ida dan Akmal tegang seperti membincangkan sesuatu yang serius. Perlahan – lahan ku melangkah menuju kearah mereka.
“Apa yang sedang mereka bincangkan. Mungkin hal perasaan kot”. Detik hati ku.
“Serius nampak”. Sapa ku ketika sampai di hadapan mereka.
Perbualan mereka mati seketika. Ku labuhkan punggung di kerusi. Wajah Akmal kemerahan menahan malu. Ida selama sahaja. Nampak pelik melihat feel mereka berdua namun malas hendak menghiraukan.
“Akmal, fikirlah baik – baik.Takut melepas nanti. Sendiri gigit jari”.Tegas walaupun agak perlahan suara Ida.
* * * * *
“Sorry lah Izza. Lambat sedikit. Sesak la jalan dekat depan tu”
Tercunggap – cunggap Ida yang sudah berbadan dua mendapatkan ku. Sudah ku katakana tidak perlu menjemput ku di lapangan terbang. Tapi, Ida berkeras juga. Aku tiada pilihan selain mengiyakan sahaja. Malas hendak bertekak dengannya. Memang itu lah feelnya sejak dulu.
“Lama ke berkursus kat sini ?”
“Dua minggu je”
“Emm..kalau macam tu boleh la. Ida bawa pusing – pusing kat Bandar dan tempat kita makan dulu tu”.
“Eh..larat lagi ke ?”. Seperti tidak percaya.
Ida hanya tersenyum menunjukkan 5 jari. Usia kandungannya baru 5 bulan. Dia masih mampu untuk memandu. Sepanjang perjalanan ke rumahnya. Pelbagai topik yang kami bualkan. Mengenai perkahwinannya dengan pensyarah bimbingan dan kaunseling. Rupa – rupanya mereka dah lama bercinta. Sejak semester 5 lagi. Patut pun asyik ke unit itu. Ingatkan masalahnya belum selesai lagi. Ku cubit bahunya geram kerana tidak memberitahu ku. Ida malas memberitahu ku. Kerana takut persepsi aku akan berubah terhadapnya. Semua itu berkisar daripada kejadian yang telah berlaku di antara aku dengan Akmal. Gara – gara Akmal meluahkan rasa cintanya terhadap ku semester satu dahulu. Hampir seminggu kami tidak bertegur sapa. Masing – masing keras hati. Akmal sakit hati apabila cintanya di tolak. Manakala aku marah kerana Akmal mengkhianati perjanjian persahabatan yang telah diucapkan ketika kami sama – sama dalam kumpulan minggu suaikenal dulu. Mujur Ida menjadi penyelamat keadaan.
“Apa khabarnya Akmal sekarang ni ya”. Hati ku tertanya – tanya.
Hampir 10 tahun tidak mendengar berita darinya. Bagaimanakah keadaannya. Semenjak tamat Diploma dahulu. Kami membawa haluan masing – masing. Mujur aku diarahkan berkursus di Terengganu. Dapatlah bertemu dengan Ida. Jika tidak, belum tentu akan menjejakkan kaki ke sini. Tambang kapal terbang sahaja hampir separuh gaji sebulan. Jarak masa terlalu lama meninggalkan bumi Terengganu. Pelbagai perubahan telah berlaku. Loghat Terengganu yang dahulunya ku fahami kini agak sukar untuk ku fahami. Wajah Ida hampir – hampir tidak ku kenali. Badannya yang berisi. Al maklumlah berbadan dua. Mujur Ida menyapa dahulu. Entah la apa akan jadi jika Ida tahu aku tidak mengenalinya. Penuh lah telinga mendengar leterannya macam mak nenek. Aku tersenyum memandangnya yang tengah asyik memandu.
Apabila sampai di rumah Ida. Kami disambut oleh Intan dan Aiman. Mereka sudah remaja. Wajah mereka pastinya jauh berbeza ketika kecil dahulu. Jika terjumpa di mana – mana pastinya tidak ku kenali. Mereka datang bersalaman. Mereka masih mengenaliku. Mungkin fizikal badan ku yang tidak banyak berubah.
Jauh disudut hati masih memikirkan Akmal. Andai dia ada bersama ketika ini. Tentu dia gembira melihat keadaan seperti ini. Masih tergambar kata – kata yang ditulisnya pada kad. Kad yang diberikannya sebelum ku berlepas ke Sabah 10 tahun lepas. Aku masih belum dapat mencari jawapan segala persoalan yang bermain di kotak fikiran. Mengapa dia memberikan sebentuk cincin emas dan kad undangan perkahwinan yang masih kosong.
“Jika ditakdirkan kita bersama walau 10 tahun berpisah. Kita akan bertemu jua”
* Jika masih ada sisa kasih dihatimu. Sematlah cincin ini di jari manismu. Agar kasih itu akan terus subur di hati mu.Aku akan sentiasa berdoa agar kasih kita akan terus mekar dan diberkati oleh-NYA”
Yang mencintai mu
Akmal.
Ketika itu. Perasaan marah membuak – buak di dada. Berani dia mempermaikan perasaan Ida. Ida satu – satunya teman dan sahabat baik ku. Aku tidak mahu Ida kecewa apabila mendengar luahan hati Akmal terhadap ku. Bagi ku Akmal dan Ida pasangan yang secocok. Lagipun Akmal terlalu
mengambil berat terhadap Ida dan adik – adiknya. Ida pun senang dengan Akmal. Perlukah aku sebagai penghalang kebahagiaan Ida.
Sepanjang berkursus. Waktu berlalu terlalu pantas. Ida sering mendesak agar bertandang ke rumahnya hujung minggu ini. Mujur hujung minggu di sini hari jumaat. Jadi bolehlah aku tangguhkan kepulangan sehingga hari ahad. Isnin baru mula bekerja. Aku berjanji akan ke sana. Aku naik lemas apabila Ida sering menghubungi ku. Jika tidak dapat cara telefon dia akan SMS. Alhamdulillah, dengan janji itu barulah Ida tidak mendesak lagi.
“Ida.. Ida..Ida masih tidak berubah. Tahu ja kelemahan ku”.Bisikku sambil tersenyum.
Entah apa yang istemewa sangat yang nak Ida buat. Mungkin dia nak suprisekan sapa suaminya. Ish,, tak kan lah. Kalau En. Halimi tu aku dah kenal. Ooo mungkin dia nak buat jamuan pertemuan kami kot. Sebab dah lama tak berjumpa. Best juga…Aku tersenyum sendirian memikirkan tanggapan yang bermain di minda.Yang pentingnya aku hadir.
Tamat sahaja penutupan kursus. Aku bergegas ke Bandar mencari barang sebagai ole – ole di bawa balik. Bukan senang mencari sutera, songket dan kain batik ni. Kalau di tempat lain sudahlah mahal lepas tu tidak banyak pilihan.
“Banyak memborong kak Izza ?”.
Tiba – tiba di sapa oleh suara wanita dari arah belakang. Apabila ku toleh.Intan bersama dengan rakan sekolahnya.
“Ala…ni baru sikit ni intan. Belum tengok lagi kat hotel. Kalau boleh satu pasar payang kak Izza borong tau.” Sambil berseloroh.
“Intan dari mana ?”.
“Cari buku tadi. Lepas tu temankan kawan ni pergi jumpa ayahnya di pasar. Dekat dengan bahagian barang tembaga. Hujung tu”. Terang Intan sebelum berlalu.
Riuh rendah di rumah Ida apabila aku tersilap faham apa yang Intan cakap dalam loghat Terengganu. Aku turut tergelak sama. Macam – macam yang berlaku kalau sudah berkumpul. Di dapur pelbagai juadah sudah
disiapkan. Tinggal nak tunggu makan saja. Tapi, menunggu Aiman dan Halimi keluar tak sampai – sampai lagi.
“Izza, jom pergi kolam dekat luar”.
Aku menuruti langkah Ida keluar menuju kearah kolam ikan emas di hadapan rumahnya. Wah…cantiknya dekorasi yang Ida cipta. Bunyi air terjun buatan amat mendamaikan. Aku terpesona melihat kilauan ikan emas di dalam bekejar – kejaran.
“Izza, bila lagi nak menamatkan status single ni ?”
Aku hanya tersenyum memandang Ida. Tiada sebarang jawapan ku berikan.
“Banyaknya ikan dalam kolam ni kan”
“Tolong serius sikit la Izza”. Suara Ida agak keras.
Aku tersentak mendengar suara Ida. Air liur terasa pahit hendak di telan. Hati ku gundah gulana. Aku diam terpaku. Mata kuterus menyoroti ikan –
ikan yang berenang ke sana ke mari. Ku lepaskan keluhan perlahan. Ida merapati ku. Duduk bersebelahan. Aku terus memandang ke dalam kolam membiarkan sahaja Ida di sebelah.
“Tolong jangan terlalu berdalih. Aku dah tau macam mana nak cakap tentang Akmal”.
“Akmal ?. Kenapa dengan Akmal ?”. Pura – pura tersentak.
“Sudah lah Izza. Jangan nak terus membohongi perasaan sendiri. Deritanya sendiri yang tanggung”. Sinis.
“Apa maksud Ida”. Ku tatap wajahnya mencari maksud disebalik sindirannya.
“Aku dah cukup dewasa untuk menilai perasaan orang yang mencintai seseorang. Sebenarnya kau mencintai Akmal Cuma sengaja mengelak”. Terus menjolok api kemarahan ku.
Aku terpana dengan kata – kata Ida. Sakit hati mendengar sindiran tajam itu. Tidak sangka pengorbanan ku selama ini langsung tidak dihargai. Ku campakkan perasaan sayang terhadap Akmal jauh – jauh semata –
semata untuk memberi kebahagiaannya. Aku nekad untuk meluahkan segala apa yang telah ku alami dan pendam selama ini. Biarlah gunung berapi ini meletup memuntahkan laharnya. Biar Ida tahu kenapa aku lakukan semua itu. Jika selama ini, ku simpan kemas semua kekecewaan dan kesedihan di hati. Biarlah apa yang terjadi selepas ini. Akan ku luahkan satu persatu.
“Andai boleh ku putar waktu. Ingin rasanya ku padam kan detik – detik pertemuan yang mencetuskan tali persahabatan ini”.
Wajah Ida berubah sedikit. Namun, dia cuba untuk terus bertenang sambil memandang wajah ku. Ku alih kan pandangan ke dada kolam. Percikan air mengenai wajahku. Hati ku sebak seketika bila menuturkan kata – kata tadi.
“Kenapa baru sekarang Izza menyesal bertemu dengan Ida ?”. Sinis.
Hati ku kian membengkak.
“Kenapa baru sekarang aku tahu siapa sebenarnya kau Ida. Kenapa bukan dulu. Memang aku bodoh terlalu dungu untuk menilai manusia yang bernama Ida. Pengorbanan yang telah ku lakukan semuanya sia – sia. Ida tau tak. Hati ini hancur apabila menolak kasih Akmal. Semua itu, ku lakukan
demi kebahagiaan mu. Aah.. semuanya karut semata. Akmal seorang lelaki yang baik dan bertanggung jawab. Tidak pernah mengeluh membantu mu walaupun terlalu sukarnya masalah itu. Tapi….”
Suasana depi seketika. Hanya kedengaran bunyi air terjun di hadapan. Hati ku luluh umpama jatuhnya air yang jatuh ke atas batu batan di dalam kolam. Menghempaskan diri lalu berserakan di serata kolam.
“Selama 10 tahun ku rawat perasaan agar melupakan perasaan kasih terhadap Akmal. Akmal dicipta bukan untuk ku tetapi untuk mu. Untuk mu Ida. Kenapa kau tidak pernah memahami hakikat itu.Alangkah terkejutnya bila mendapat tahu suami mu bukannya Akmal. Di mana Akmal ? di mana kau campakkan dia ? Kenapa ?”.
Jauh di sudut hati tertanya – tanya bagaimanakah perasaan Akmal yang telah dikecewakan ku dan Ida. Alangkah peritnya perasaannya.
“Entah lah Ida. Bagaimana nak ku nyatakan lagi. Sebenarnya aku memang mencintainya sejak semester 4 lagi. Entah mengapa perasaan itu hadir tiba – tiba Tapi, semuanya ku pendamkan khuatir mengugat persahabatan kita..Apatah lagi apabila mendengar kata - kata dan pujian mu aku tahu kau meminatinya. Aku sedia untuk berundur untuk memberi mu peluang.
“Kenapa baru sekarang Izza ?”
Dahi ku berkerut mendengar suara di belakang ku. Hati ku berdebar kencang. Suara Ida bertukar seperti suara lelaki. Adakah kerana kecewa dan sedih mendengar luahan hati ku menyebabkan dia menanggis sehingga suaranya serak.
“Takdir memisahkan kita. Takdir jua menemukan kita untuk memperbetulkan segala kesilapan lampau. Hargailah di kala kita masih di beri kesempatan”
Alangkah terkejutnya apabila melihat Akmal berdiri betul – betul di sebelah ku.Terasa seperti nafas ku terhenti. Wajah ku merona merah. Dari jauh Ida mengesat air mata di samping pelukan suaminya.Mereka hanya tersenyum memandang Akmal sebelum beredar masuk ke dalam rumah.
Entah berapa lama Akmal berdiri di sisi ku. Sukar untuk ku pastikan. Berkali – kali ku mengutuk dalam hati. Mengapa lah aku terlalu leka memandang ikan – ikan itu. Malunya hanya DIA yang tahu. Tidak berani ku memandang wajah Akmal. Akmal sudah duduk di tempat Ida duduk tadi.
“Akmal masih memakai jam tangan tu”. Soal ku mengalihkan topik.
“Aaa..Izza pun masih memakai jam yang sama”.
Baru ku sedar sebenarnya aku pun masih memakai jam yang sama. Ku sembunyikan tangan jari manis di sebalik jari – jemari yang lain. Doa ku agar Akmal tidak perasaan cincin yang bertakta di jari manis ku adalah cincin pemberiannya. Akmal cuba berlagak tidak kisah tapi, matanya asyik melirik ke sana. Tiba – tiba Akmal tersenyum seraya mengajak ku masuk ke dalam untuk menikmati hidangan yang telah disediakan. Ida turut gembira
melihat kami berdua. Aku mohon maaf kepada Ida kerana keterlanjuran kata – kata tadi. Ida hanya tersenyum memandang ku.
Akmal akan berangkat ke Sabah hujung bulan ini. Dia telah ditugaskan ke sana. Semua persiapan terakhirnya untuk berangkat sudah selesai. Itulah nekadnya setelah gagal menghubungi ku dulu. Bertungkus – lumus dia mencari alasan agar dipindahkan ke Sabah. Akhirnya dia berjaya jua. Ida sekeluarga berdoa agar perhubungan kami akan berakhir di jinjang pelamin. Ida amat sedih ketika menghantar ku ke lapangan terbang Sultan Mahmud. Harapannya agar hubungan persahabatan kami akan terus utuh seperti dulu.
* * * * * TAMAT * * * * *

perkongsian ilmu bahan inovasi
Wednesday, April 14, 2010
Aktiviti TASKA COMEL bersama Bomba dan Penyelamat Sipitang
Monday, March 8, 2010
Tuesday, February 23, 2010
family trip in labuan.
Ikatan kekeluargaan perlu disemai dari semasa kesemasa..
Ini adalah aktiviti tahunan yang keluarga buat..semua wajib ikut...yang bekerja mesti ambil cuti...
Bukan selalu...setahun sekali. Tapi sayang adik di Miri tidak dapat mengikuti aktiviti ini
Aktiviti ini ditaja oleh comel...
Thn pertama p Ranau.
Kedua...Ampir jaa... Summer Bay
Ketiga...Jauh Dikit...Labuan ..Thn ni p Sandakan
Subscribe to:
Posts (Atom)